Tuesday, 15 August 2017

I'M NOT BISNES MINDED

NON OF MY BISNES..DULU LAA...

Dulu kalau orang cakap pasal bisnes ribu2..hai..rasa nyampahnyer...getiknyer...bisnes apa?! rasa nak suruh syuhhh...syuhhhh..syuhhhh jauh-jauh..jangan borak sini lah...pi duk hujung sana..hihihi..Kegilaan apakah nak ajak saya berbisnes kalau tengok angka pun tenggelam timbul nak ajak berbisnes ribu2..Itu dulu laa...

Agaknya Tuhan nak balas kesombongan saya...DIA datangkan lagi orang yang offer saya untuk join bisnes..walaupun waktu dioffer saya hanya dengar nak tak tak..masuk telinga kanan keluar telinga kiri..SOMBONGNYE SAYA di kala itu kerana merasa hidup sudah cukup sempurna dengan apa yang ada..lagipun en Suami lebih bertanggungjawab cari duit lebih berbanding saya si isteri nih..

Kalau tak minat macam mana boleh terjoin..?!

Itulah yang dikatakan KUASA ALLAH swt...Kita memang tak nak...tak nakkkkk sangattttt2...tapi dia asyik datang..pergi balik..pergi balik...Allah sebaik-baik Perancang..Sejujurnya sewaktu saya membuat keputusan join TOP LEADERS CIRCLE hati masih berbelah bagi..Tapi saya serahkan diri kepada DIA semoga memberi petunjuk jalan mana yang harus diikut..Akhirnya inilah jalan yang Allah tentukan untuk saya..Allah lebih tahu keperluan hidup setiap hambanya...Impian dan cita-cita yang terpendam jauhhhhh di lubuk hati Allah izinkan saya luahkan sedikit demi sedikit..Dulu bagi saya impian dan cita-cita itu hanya angan-angan yang tidak perlu diwar-warkan pada semua orang..(bukan apa malu kalau tak terlaksana..hihihi)..Sedangkan impian dan cita-cita itu patut saya luahkan supaya TELINGA di kiri dan kanan mendengar apa yang saya mahukan dalam hidup ini....Alhamdulillah walaupun masih jauh lagi perjalanan dalam bisnes ini..tapi langkah tetap diorak kiri dan kanan..Bukan senang nak senang ..kejayaan tidak akan datang dengan sekelip mata..tapi tiada yang mustahil dalam hidup ini kalau kita mahu..Mahu itu akan membawa ke arah mana kita inginkan dalam hidup ini..

Hampir setengah tahun berada dalam TOP LEADERS CIRCLE..banyak mengajar saya tentang ilmu bisnes..ilmu kehidupan..ilmu berkawan..tentang matlamat hidup..tentang cita-cita dan impian yang dah lama saya kuburkan di lubuk hati..Semua orang berhak mencapai apa yang dia inginkan dalam hidup ini.Allah menjadikan manusia itu semuannya sama..bezanya kita adalah USAHA dan TINDAKAN kita sendiri..Jangan tengok kejayaan orang dengan mata hakiki..tapi lihatlah dengan mata hati..kenapa dia boleh?..kenapa aku tak boleh?..apa yang dia buat?..apa yang aku tak buat?..Sebab hidup ni bukan soal kita sahaja..tapi soal orang lain di sekeliling kita..

Buka Mata ..Buka Telinga..Buka hati..Sebutkan dengan Lidah..apa yang kita mahukan dalam hidup ini?..Hanya kita yang boleh ubah  nasib hidup kita..bukan adik bradik..bukan suami..bukan anak kita sendiri..

InShaaAllah ..kalau MAHU..jalan tu pasti ada..PERCAYALAH






Anugerah SM/SSM 2017


Love,
Hidayu Asari
PBExpertMardi/UPM/Serdang
019-9317531

No comments:

Post a Comment