Assalamualaikum dan Selamat Pagi..
Minggu yang sangat kalut...Hari Sabtu sibuk dengan Majlis Anugerah SM/SSM..Dalam masa tu dapat panggilan dari Mak kat kampung,Mak Cik Hidayu kat Selayang warded di IJN Kuala Lumpur. Bincang dengan en Suami,selesaikan satu satu dulu..Jadi kami planning akan ke IJN hari Ahad keesokkannya..
Petang Ahad kami ke IJN dengan harapan dapat melawat Mak Cik yang sakit akibat komplikasi jantung rentetan dari kerosakan buah pinggang..Sesampainya Hidayu kat sana,anak2 terpaksa ditinggalkan dengan en Suami di bawah..hanya Hidayu saja yang ke CCU ward..Tapi..sedihhhh..pak guard tak bagi masuk sebab BP Mak Cik baru stabil dan hanya anak2nya doktor benarkan berada di katil..Hidayu tunggu je kat luar CCU sambil hati duk berdebar-debar..harapnya Mak Cik akan cepat baik..
Lama menunggu en Suami wasap anak2 kat bawah dah mengamuk2..biasa la budak2 kannnn...mana boleh mak hilang di mata..terpaksalah turun menjenguk ke bawah..Memandangkan tak boleh menjenguk Mak Cik ,kami beransur balik ke Bangi..Tapi sebelum tu sempat berwasap dengan ayah saudara (suami mak cik)..ntah kenapa Hidayu rasa sebak bila minta Ayah We (panggilan untuk ayah saudara) sampaikan salam peluk cium untuk Mak Cik..Hati berbelah bagi bila melangkah keluar dari IJN..Air mata mengalir laju..tapi cepat2 Hidayu lap dengan lengan baju..takut si Sulong tengok..yang tu pantang tengok mama pelik sikit..nanti macam2 ditanyanya..jenuh nak menjawab..
Kami balik ke Bangi dengan harapan akan datang lagi esok..
Harapan hanya tinggal harapan..pagi semalam..sedang bersiap-siap ke tempat kerja kami menerima berita yang paling menyedihkan..Mak Cik telah pergi buat selama-lamanya..Rasa kesal sebab semalam tak datang bersua ..Walaupun dia bukan MAK Hidayu..tapi dia memang macam MAK Hidayu..Perginya dia selepas bertahun-tahun menanggung sakit buah pinggang..Pergi dalam keadaan tenang mengadap Yang Esa..Mak Cik ..Kak Ngah doakan Mak Cik akan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Sampai masanya kami pun akan ke sana juga..
Buat anak-anak Mak Cik bertabahlah..Fasa yang semua orang akan lalui..Tujuan hidup memang begitulah..Walaupun semua orang sudah ada tarikh matinya tapi tiada seorang pun yang pernah tahu..Perginya pasti..tiada istilah terlambat walau seminit..
Mak...Kak Ngah sayang Mak dan Ayah...Semoga Mak dan Ayah dipanjangkan umur..masih banyak lagi Kak Ngah nak buat untuk Mak dan Ayah..Doakan kejayaan Kak Ngah ye..Mak..Ayah...
HIDUP CUMA PERSINGGAHAN..
Salam Kerinduan,
Hidayu Asari
No comments:
Post a Comment