Tuesday, 15 August 2017

HONEYMOON FREE KE TANGGALOOMA


MY MENTOR MY MASTER TRAINER

Entri ni ditujukan untuk MENTOR yang nunnnn berada jauh di TANGGALOOMA Australia..Berhoneymoon yang ditaja khas oleh SHOM..Bestnyer.... ermmm..best jugak kalau sesekali tinggalkan anak-anak dan berdua-duaan dengan en .Suami...(sedang membayangkan ..hihihi)

Tahniah MENTOR...Berbisnes dengan SHOM ni..setiap titik peluh yang keluar tu memang bukan sia-sia..semuanya diberi REWARD yang diluar jangkaan..Kali ni travel FREE ke TANGGALOOMA ditanggung dari atas sampai ke bawah..Menginap di bilik mewah..makan yang sedapp-sedapppp..berjalan-jalan  dengan tiket keluar masuk dibayar..disediakan kenderaan yang selesa dan agak mewah..semuanya cukup..hanya perlukan sediakan badan sahaja supaya sihat walafiat.

Pada saya yang baru setahun jagung dalam bisnes ni memang rasa tak terjangkau dek fikiran..sesekali terdetik..Oooo..ada rupanya bisnes yang sediakan pakej macam ni rupanya..sambil berbisnes..sambil melancong..tak ke syokkk namanyer tu...Kauttttt semua sekali..Bukan tamak namanye...kalau dah rezeki..terima saja kan...

InShaaAllah tahun depan Hidayu nak ke KOREAaaaaa....Sapa yang ada terasa-terasa nak ikut tu...jangan segan2 wasap Hidayu..kita gosip2 lah macam mana nak p travel free KOREA pulak..

Cukuplah entri untuk minggu ni..ada kelapangan kita jumpa di minggu hadapan...

Babai...

Love,
Hidayu Asari
PBExpertMardi/UPM/Serdang
019-9317531


I'M NOT BISNES MINDED

NON OF MY BISNES..DULU LAA...

Dulu kalau orang cakap pasal bisnes ribu2..hai..rasa nyampahnyer...getiknyer...bisnes apa?! rasa nak suruh syuhhh...syuhhhh..syuhhhh jauh-jauh..jangan borak sini lah...pi duk hujung sana..hihihi..Kegilaan apakah nak ajak saya berbisnes kalau tengok angka pun tenggelam timbul nak ajak berbisnes ribu2..Itu dulu laa...

Agaknya Tuhan nak balas kesombongan saya...DIA datangkan lagi orang yang offer saya untuk join bisnes..walaupun waktu dioffer saya hanya dengar nak tak tak..masuk telinga kanan keluar telinga kiri..SOMBONGNYE SAYA di kala itu kerana merasa hidup sudah cukup sempurna dengan apa yang ada..lagipun en Suami lebih bertanggungjawab cari duit lebih berbanding saya si isteri nih..

Kalau tak minat macam mana boleh terjoin..?!

Itulah yang dikatakan KUASA ALLAH swt...Kita memang tak nak...tak nakkkkk sangattttt2...tapi dia asyik datang..pergi balik..pergi balik...Allah sebaik-baik Perancang..Sejujurnya sewaktu saya membuat keputusan join TOP LEADERS CIRCLE hati masih berbelah bagi..Tapi saya serahkan diri kepada DIA semoga memberi petunjuk jalan mana yang harus diikut..Akhirnya inilah jalan yang Allah tentukan untuk saya..Allah lebih tahu keperluan hidup setiap hambanya...Impian dan cita-cita yang terpendam jauhhhhh di lubuk hati Allah izinkan saya luahkan sedikit demi sedikit..Dulu bagi saya impian dan cita-cita itu hanya angan-angan yang tidak perlu diwar-warkan pada semua orang..(bukan apa malu kalau tak terlaksana..hihihi)..Sedangkan impian dan cita-cita itu patut saya luahkan supaya TELINGA di kiri dan kanan mendengar apa yang saya mahukan dalam hidup ini....Alhamdulillah walaupun masih jauh lagi perjalanan dalam bisnes ini..tapi langkah tetap diorak kiri dan kanan..Bukan senang nak senang ..kejayaan tidak akan datang dengan sekelip mata..tapi tiada yang mustahil dalam hidup ini kalau kita mahu..Mahu itu akan membawa ke arah mana kita inginkan dalam hidup ini..

Hampir setengah tahun berada dalam TOP LEADERS CIRCLE..banyak mengajar saya tentang ilmu bisnes..ilmu kehidupan..ilmu berkawan..tentang matlamat hidup..tentang cita-cita dan impian yang dah lama saya kuburkan di lubuk hati..Semua orang berhak mencapai apa yang dia inginkan dalam hidup ini.Allah menjadikan manusia itu semuannya sama..bezanya kita adalah USAHA dan TINDAKAN kita sendiri..Jangan tengok kejayaan orang dengan mata hakiki..tapi lihatlah dengan mata hati..kenapa dia boleh?..kenapa aku tak boleh?..apa yang dia buat?..apa yang aku tak buat?..Sebab hidup ni bukan soal kita sahaja..tapi soal orang lain di sekeliling kita..

Buka Mata ..Buka Telinga..Buka hati..Sebutkan dengan Lidah..apa yang kita mahukan dalam hidup ini?..Hanya kita yang boleh ubah  nasib hidup kita..bukan adik bradik..bukan suami..bukan anak kita sendiri..

InShaaAllah ..kalau MAHU..jalan tu pasti ada..PERCAYALAH






Anugerah SM/SSM 2017


Love,
Hidayu Asari
PBExpertMardi/UPM/Serdang
019-9317531

Monday, 14 August 2017

POSITIVE CIRCLE



TOP LEADERS CIRCLE





Tak pandai berbisnes..tak kan selamanya tak pandai..di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan..POSITIVE CIRCLE ini bukannya berdiri kukuh dan gagah dengan mereka yang MAHIR BERBISNES sebenarnya..semuanya bermula dengan merangkak,melentang, berguling, bergolek, terluka, tersisih..kesemuanya yang pedih-pedih telah mereka rasa...

SAYA..?!

Saya hanya sebahagian dari mereka yang telah melalui jerih payah itu untuk membina CIRCLE seteguh ini..Saya hanya peng'follow ' Belajar dari pengalaman mereka..mengikut mereka dekat-dekat..teruja melihat kejayaan mereka menrentasi susah payah yang telah dilalui..Kehadiran saya disaat CIRCLE ini telah berdiri kukuh bukan untuk mengambil kesempatan..tapi memberi peluang kepada diri sendiri untuk menjadi seperti mereka..

PERCAYALAH..(yang dulu pun saya tak percaya) setiap orang ada potensi diri untuk berjaya..Jangan takut untuk mencuba..Berilah peluang kepada diri kita sendiri melihat sejauh mana pencapaian yang kita boleh capai dalam hidup ini..


Love,
Hidayu Asari
PBExpertMardi/Upm/Serdang
019-9317531

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH LAH KITA KEMBALI

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Minggu yang sangat kalut...Hari Sabtu sibuk dengan Majlis Anugerah SM/SSM..Dalam masa tu dapat panggilan dari Mak kat kampung,Mak Cik Hidayu kat Selayang warded di IJN Kuala Lumpur. Bincang dengan en Suami,selesaikan satu satu dulu..Jadi kami planning akan ke IJN hari Ahad keesokkannya..

Petang Ahad kami ke IJN dengan harapan dapat melawat Mak Cik yang sakit akibat komplikasi jantung rentetan dari kerosakan buah pinggang..Sesampainya Hidayu kat sana,anak2 terpaksa ditinggalkan dengan en Suami di bawah..hanya Hidayu saja yang ke CCU ward..Tapi..sedihhhh..pak guard tak bagi masuk sebab BP Mak Cik baru stabil dan hanya anak2nya doktor benarkan berada di katil..Hidayu tunggu je kat luar CCU sambil hati duk berdebar-debar..harapnya Mak Cik akan cepat baik..

Lama menunggu en Suami wasap anak2 kat bawah dah mengamuk2..biasa la budak2 kannnn...mana boleh mak hilang di mata..terpaksalah turun menjenguk ke bawah..Memandangkan tak boleh menjenguk Mak Cik ,kami beransur balik ke Bangi..Tapi sebelum tu sempat berwasap dengan ayah saudara (suami mak cik)..ntah kenapa Hidayu rasa sebak bila minta Ayah We (panggilan untuk ayah saudara) sampaikan salam peluk cium untuk Mak Cik..Hati berbelah bagi bila melangkah keluar dari IJN..Air mata mengalir laju..tapi cepat2 Hidayu lap dengan lengan baju..takut si Sulong tengok..yang tu pantang tengok mama pelik sikit..nanti macam2 ditanyanya..jenuh nak menjawab..

Kami balik ke Bangi dengan harapan akan datang lagi esok..

Harapan hanya tinggal harapan..pagi semalam..sedang bersiap-siap ke tempat kerja kami menerima berita yang paling menyedihkan..Mak Cik telah pergi buat selama-lamanya..Rasa kesal sebab semalam tak datang bersua ..Walaupun dia bukan MAK Hidayu..tapi dia memang macam MAK Hidayu..Perginya dia selepas bertahun-tahun menanggung sakit buah pinggang..Pergi dalam keadaan tenang mengadap Yang Esa..Mak Cik ..Kak Ngah doakan Mak Cik akan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Sampai masanya kami pun akan ke sana juga..

Buat anak-anak Mak Cik bertabahlah..Fasa yang semua orang akan lalui..Tujuan hidup memang begitulah..Walaupun semua orang sudah ada tarikh matinya tapi tiada seorang pun yang pernah tahu..Perginya pasti..tiada istilah terlambat walau seminit..

Mak...Kak Ngah sayang Mak dan Ayah...Semoga Mak dan Ayah dipanjangkan umur..masih banyak lagi Kak Ngah nak buat untuk Mak dan Ayah..Doakan kejayaan Kak Ngah ye..Mak..Ayah...

HIDUP CUMA PERSINGGAHAN..

Salam Kerinduan,
Hidayu Asari