Tuesday, 6 February 2018

Throwback Diamond Night Dinner 2017

Time ni je la nak perasan ala2 model gituuu walaupun sebenarnya bila bergambar kerah ketung macam patung.. 😅




Bersama mentor tersayang.. Bukan main kepit lagi tuh!😊 

Hak ni tak boleh tinggal.. Scrub penyental daki satu badan. 


 Bersama CDM ismalina Ishak

Dee mama yang vouge.. 😉

Love, 
Hidayu Asari

 Kisah ME Scrub

Dah lama rasanya tak mengedeng-ngedeng kat sini.. Rindu pulak rasanya nak mencoret-coret.. Namanya je ada blog tapi dah hampir nak berabuk..ke laut sungguh!  Apa yang sibuk sangat tu tak tahu la kannn?! Ni la kalau dah penyakit 'M' mengatasi segala-galanya..Hihihi... Gitu pulak alasannya ye... Dasar!!! 😜

Banyak sangatttt nak bercerita kat sini sebenarnya.. macam-macam idea kat kepala nih.. Nak tulis tu... Nak tulis ni.. Nantilah bila2 free nak luahkan apa yang bergelodak dalam dada ni..Poyo sungguh😉

Hari ni nak sharing2 pasal ME scrub ni dulu.. Sejujurnya saya bukan jenih yang rajin nak menyental-yental ni.. beli scrub pun tak pernah habis..asyik ke tong sampah jugak akhirnya.. Sedihhh... Bazir jerr.. Beli pun bukan murah dua tiga puluh  ringgit jugak.. ermmm...tu la kan.. Sapa salah?! 😜

Balik ke scrub hijau ni.. bukanlah nakkk sangat menyental... Saje gatal nak mencuba.. Haaa.. Kau... sekali je cuba terus tersuka... 😊 Mula2 bukak penutup bekas, ermmm semerbak harum lavendar menerpa hidung.. Ya Allah... bau dia.. nyaman sungguh! Menenangkan... Sapa tak tahu pasal lavendar kannn.. 😘Dah bukak penutup tu apa lagi, sental lah!  Wahhh.. texture dia memang berbezalah.. Macam krim pun ada.. dalam dia ada biji2 almond yang digrind halus.. Sapu je kat tangan, terasa suam2 pati minyak kayu putih.. Sental2 sambil main2..yang bestnya scrub ni tak melekit.. tak perlu basuh pun kalau dah malas sangat 😜. Part yang nak tengok sudah tentulah resultnya.. tangan yang disental hilang sudah daki mati yang lama bertapa.. nak kata putih tu idak ler kalau dah genetiknya ireng kannnn.. tapi hilang la jugak mana yang duk menempel lama di badan... 😅 Best sangatttt...

Kenapa saya suka scrub ni?!
Sebab dia :
#soap free
#paraben free
#anti bacterial
#no artificial fragrance
#SLES free
#mineral oil free
#100% natural exfoliator

Pendek kata, disebabkan oleh sebab2 kat atas tu scrub ni memang sesuai lah untuk jenih kulit yang sensitif dan untuk jenih yang perihatin dengan penggunaan bahan kimia pada kulit. Dengan bahan2 yang terkandung di dalamnya, pada saya harganya sangat berpatutan.. Malah boleh digunakan untuk semua peringkat umur..

Rasanya cukuplah sampai di sini review scrub hijau nih!  Lain kali saya share bahan apa yang terkandung dalam scrub ni yang boleh membantu pulihkan mana yang ada masalah kulit atau yang sewaktu dengannya.

Terima kasih atas kesudian membaca review saya..

Salam hari Selasa

Hidayu Asari. 😊

Tuesday, 15 August 2017

HONEYMOON FREE KE TANGGALOOMA


MY MENTOR MY MASTER TRAINER

Entri ni ditujukan untuk MENTOR yang nunnnn berada jauh di TANGGALOOMA Australia..Berhoneymoon yang ditaja khas oleh SHOM..Bestnyer.... ermmm..best jugak kalau sesekali tinggalkan anak-anak dan berdua-duaan dengan en .Suami...(sedang membayangkan ..hihihi)

Tahniah MENTOR...Berbisnes dengan SHOM ni..setiap titik peluh yang keluar tu memang bukan sia-sia..semuanya diberi REWARD yang diluar jangkaan..Kali ni travel FREE ke TANGGALOOMA ditanggung dari atas sampai ke bawah..Menginap di bilik mewah..makan yang sedapp-sedapppp..berjalan-jalan  dengan tiket keluar masuk dibayar..disediakan kenderaan yang selesa dan agak mewah..semuanya cukup..hanya perlukan sediakan badan sahaja supaya sihat walafiat.

Pada saya yang baru setahun jagung dalam bisnes ni memang rasa tak terjangkau dek fikiran..sesekali terdetik..Oooo..ada rupanya bisnes yang sediakan pakej macam ni rupanya..sambil berbisnes..sambil melancong..tak ke syokkk namanyer tu...Kauttttt semua sekali..Bukan tamak namanye...kalau dah rezeki..terima saja kan...

InShaaAllah tahun depan Hidayu nak ke KOREAaaaaa....Sapa yang ada terasa-terasa nak ikut tu...jangan segan2 wasap Hidayu..kita gosip2 lah macam mana nak p travel free KOREA pulak..

Cukuplah entri untuk minggu ni..ada kelapangan kita jumpa di minggu hadapan...

Babai...

Love,
Hidayu Asari
PBExpertMardi/UPM/Serdang
019-9317531


I'M NOT BISNES MINDED

NON OF MY BISNES..DULU LAA...

Dulu kalau orang cakap pasal bisnes ribu2..hai..rasa nyampahnyer...getiknyer...bisnes apa?! rasa nak suruh syuhhh...syuhhhh..syuhhhh jauh-jauh..jangan borak sini lah...pi duk hujung sana..hihihi..Kegilaan apakah nak ajak saya berbisnes kalau tengok angka pun tenggelam timbul nak ajak berbisnes ribu2..Itu dulu laa...

Agaknya Tuhan nak balas kesombongan saya...DIA datangkan lagi orang yang offer saya untuk join bisnes..walaupun waktu dioffer saya hanya dengar nak tak tak..masuk telinga kanan keluar telinga kiri..SOMBONGNYE SAYA di kala itu kerana merasa hidup sudah cukup sempurna dengan apa yang ada..lagipun en Suami lebih bertanggungjawab cari duit lebih berbanding saya si isteri nih..

Kalau tak minat macam mana boleh terjoin..?!

Itulah yang dikatakan KUASA ALLAH swt...Kita memang tak nak...tak nakkkkk sangattttt2...tapi dia asyik datang..pergi balik..pergi balik...Allah sebaik-baik Perancang..Sejujurnya sewaktu saya membuat keputusan join TOP LEADERS CIRCLE hati masih berbelah bagi..Tapi saya serahkan diri kepada DIA semoga memberi petunjuk jalan mana yang harus diikut..Akhirnya inilah jalan yang Allah tentukan untuk saya..Allah lebih tahu keperluan hidup setiap hambanya...Impian dan cita-cita yang terpendam jauhhhhh di lubuk hati Allah izinkan saya luahkan sedikit demi sedikit..Dulu bagi saya impian dan cita-cita itu hanya angan-angan yang tidak perlu diwar-warkan pada semua orang..(bukan apa malu kalau tak terlaksana..hihihi)..Sedangkan impian dan cita-cita itu patut saya luahkan supaya TELINGA di kiri dan kanan mendengar apa yang saya mahukan dalam hidup ini....Alhamdulillah walaupun masih jauh lagi perjalanan dalam bisnes ini..tapi langkah tetap diorak kiri dan kanan..Bukan senang nak senang ..kejayaan tidak akan datang dengan sekelip mata..tapi tiada yang mustahil dalam hidup ini kalau kita mahu..Mahu itu akan membawa ke arah mana kita inginkan dalam hidup ini..

Hampir setengah tahun berada dalam TOP LEADERS CIRCLE..banyak mengajar saya tentang ilmu bisnes..ilmu kehidupan..ilmu berkawan..tentang matlamat hidup..tentang cita-cita dan impian yang dah lama saya kuburkan di lubuk hati..Semua orang berhak mencapai apa yang dia inginkan dalam hidup ini.Allah menjadikan manusia itu semuannya sama..bezanya kita adalah USAHA dan TINDAKAN kita sendiri..Jangan tengok kejayaan orang dengan mata hakiki..tapi lihatlah dengan mata hati..kenapa dia boleh?..kenapa aku tak boleh?..apa yang dia buat?..apa yang aku tak buat?..Sebab hidup ni bukan soal kita sahaja..tapi soal orang lain di sekeliling kita..

Buka Mata ..Buka Telinga..Buka hati..Sebutkan dengan Lidah..apa yang kita mahukan dalam hidup ini?..Hanya kita yang boleh ubah  nasib hidup kita..bukan adik bradik..bukan suami..bukan anak kita sendiri..

InShaaAllah ..kalau MAHU..jalan tu pasti ada..PERCAYALAH






Anugerah SM/SSM 2017


Love,
Hidayu Asari
PBExpertMardi/UPM/Serdang
019-9317531

Monday, 14 August 2017

POSITIVE CIRCLE



TOP LEADERS CIRCLE





Tak pandai berbisnes..tak kan selamanya tak pandai..di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan..POSITIVE CIRCLE ini bukannya berdiri kukuh dan gagah dengan mereka yang MAHIR BERBISNES sebenarnya..semuanya bermula dengan merangkak,melentang, berguling, bergolek, terluka, tersisih..kesemuanya yang pedih-pedih telah mereka rasa...

SAYA..?!

Saya hanya sebahagian dari mereka yang telah melalui jerih payah itu untuk membina CIRCLE seteguh ini..Saya hanya peng'follow ' Belajar dari pengalaman mereka..mengikut mereka dekat-dekat..teruja melihat kejayaan mereka menrentasi susah payah yang telah dilalui..Kehadiran saya disaat CIRCLE ini telah berdiri kukuh bukan untuk mengambil kesempatan..tapi memberi peluang kepada diri sendiri untuk menjadi seperti mereka..

PERCAYALAH..(yang dulu pun saya tak percaya) setiap orang ada potensi diri untuk berjaya..Jangan takut untuk mencuba..Berilah peluang kepada diri kita sendiri melihat sejauh mana pencapaian yang kita boleh capai dalam hidup ini..


Love,
Hidayu Asari
PBExpertMardi/Upm/Serdang
019-9317531

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH LAH KITA KEMBALI

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

Minggu yang sangat kalut...Hari Sabtu sibuk dengan Majlis Anugerah SM/SSM..Dalam masa tu dapat panggilan dari Mak kat kampung,Mak Cik Hidayu kat Selayang warded di IJN Kuala Lumpur. Bincang dengan en Suami,selesaikan satu satu dulu..Jadi kami planning akan ke IJN hari Ahad keesokkannya..

Petang Ahad kami ke IJN dengan harapan dapat melawat Mak Cik yang sakit akibat komplikasi jantung rentetan dari kerosakan buah pinggang..Sesampainya Hidayu kat sana,anak2 terpaksa ditinggalkan dengan en Suami di bawah..hanya Hidayu saja yang ke CCU ward..Tapi..sedihhhh..pak guard tak bagi masuk sebab BP Mak Cik baru stabil dan hanya anak2nya doktor benarkan berada di katil..Hidayu tunggu je kat luar CCU sambil hati duk berdebar-debar..harapnya Mak Cik akan cepat baik..

Lama menunggu en Suami wasap anak2 kat bawah dah mengamuk2..biasa la budak2 kannnn...mana boleh mak hilang di mata..terpaksalah turun menjenguk ke bawah..Memandangkan tak boleh menjenguk Mak Cik ,kami beransur balik ke Bangi..Tapi sebelum tu sempat berwasap dengan ayah saudara (suami mak cik)..ntah kenapa Hidayu rasa sebak bila minta Ayah We (panggilan untuk ayah saudara) sampaikan salam peluk cium untuk Mak Cik..Hati berbelah bagi bila melangkah keluar dari IJN..Air mata mengalir laju..tapi cepat2 Hidayu lap dengan lengan baju..takut si Sulong tengok..yang tu pantang tengok mama pelik sikit..nanti macam2 ditanyanya..jenuh nak menjawab..

Kami balik ke Bangi dengan harapan akan datang lagi esok..

Harapan hanya tinggal harapan..pagi semalam..sedang bersiap-siap ke tempat kerja kami menerima berita yang paling menyedihkan..Mak Cik telah pergi buat selama-lamanya..Rasa kesal sebab semalam tak datang bersua ..Walaupun dia bukan MAK Hidayu..tapi dia memang macam MAK Hidayu..Perginya dia selepas bertahun-tahun menanggung sakit buah pinggang..Pergi dalam keadaan tenang mengadap Yang Esa..Mak Cik ..Kak Ngah doakan Mak Cik akan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..Sampai masanya kami pun akan ke sana juga..

Buat anak-anak Mak Cik bertabahlah..Fasa yang semua orang akan lalui..Tujuan hidup memang begitulah..Walaupun semua orang sudah ada tarikh matinya tapi tiada seorang pun yang pernah tahu..Perginya pasti..tiada istilah terlambat walau seminit..

Mak...Kak Ngah sayang Mak dan Ayah...Semoga Mak dan Ayah dipanjangkan umur..masih banyak lagi Kak Ngah nak buat untuk Mak dan Ayah..Doakan kejayaan Kak Ngah ye..Mak..Ayah...

HIDUP CUMA PERSINGGAHAN..

Salam Kerinduan,
Hidayu Asari

Thursday, 8 June 2017

MINKAFFE UNTUK SAHUR

Assalamualaikum..
 
Hari ni Hidayu nak cerita pasal MinKaffe Coffee..Rasanya ramai  yang dah tahu pasal MinKaffe ni cuma antara pernah mencuba ataupun tidak..Sejujurnya Hidayu bukanlah pengemar minuman berkafien sebab setiap kali ambil mesti kepala ting tong , dada rasa berdebar dan susah nak tidur..Sebolehnya Hidayu mengelakkan minum apa sahaja jenis kopi..
 
First minum MinKaffe ,bulan 3 hari tu bila Hidayu join bisnes Top Leaders Circle..Mentor tolong ambilkan set Premium Beautiful di stokis dan dalam masa yang sama top upkan stok MinKaffe sekali..Mula-mula tak berani jugak nak mencuba..tapi alang-alang dah ada di depan mata,cuba je lah..Wahhhh...sekali cuba..rupanya berkali-kali saya 'mencuba'..hahaha..tak panggil mencuba dah tu kalau dah berkali-kali..ye dak?!..Nak cakap sedap la tu...Bau harum kopi ditambah rasa lemak-lemak garam buluh memang ada 'ummphh' lah..yang bestnya tak ada kepala ting tong dan dada berdebar-debar tu..badan rasa cergas dan bertenaga walaupun penat bekerja di opis dan di rumah..
 
 
 
 

 
Bulan puasa ni..boleh dikatakan setiap pagi Hidayu bersahur dengan MinKaffe..Memang bagus sangat untuk Hidayu yang bekerja full dan part time ni..Tambahan  pula Hidayu masih menyusu si kecil.MinKaffe sangat membantu Hidayu sebagai milk booster..Minkaffe ni banyak tau kelebihan dia..Kat bawah Hidayu kongsikan siapa yang perlu ambil MinKaffe ni..
 
 


Kawan-kawan kalau nak mencuba boleh contact Hidayu..Mana tahu nak belikan untuk mak ayah ke..sedara mara ke..kakak angkat ke..datuk ke..nenek ke..jangan segan-segan wasap jer terus..Ada free gift lagi..Nak tester pun ada Hidayu sediakan..Nombor telefon Hidayu ada kat bawah ni..

Sampai di sini dulu..Jumpa lagi di lain entry..
Wassalam


Hidayu
019-9317531
PBexpertMalaysia
www.hidayuasari.blogspot.com
 

Wednesday, 7 June 2017

Ramadhan ke 13

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..


Cepat betul masa berlalu..Lagi 17 hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita..InShaaAllah Syawal pula datang menjengah..Sedih mengenangkan bulan yang penuh baraqoh ini akan pergi meninggalkan kita..entah sempat berjumpa lagi di tahun hadapan,entahkan tidak..Begitulah lumrah kehidupan..yang pergi tetap akan pergi..dan yang pergi pastinya akan diganti dengan yang baru..bab kata pepatah,yang patah pasti akan tumbuh kembali..

Ermmm..takmo cerita yang sedih-sedih pepagi ni..mood mesti ceria...almaklum la dah nak hampir ke raya ni..mesti la happy kan..Hidayu sekarang duk pulun siapkan persiapan raya awal-awal..Tak nak dah macam tahun lepas..sampai hari nak balik kampung sempat lagi pergi cari baju raya anak..hihihi..penat betol terkejar-kejar macam tu..Jadi tahun ni..nak smooth and steady..Bukan apa, yang jadi duk tunggu ujung-ujung tu..Tunggu bonus cik suami lah baru boleh pergi beli baju raya anak-anak..Sedih kan...Nak beli awal-awal kang tak cukup plak nak belanja seharian kami laki bini anak beranak..Jadi tunggula sampai ke hujungnya..Dah dapat bonus laki,merempit la shopping baju raya..hahaha..sadis betul kan?!!

Hiiiii..itu kisah tahun lepas-lepas la..Tapi sekarang tidak lagi..Sejak Hidayu join bisnes PREMIUM BEAUTIFUL ni,alhamdulillah..ada rezeki lebih nak belanja anak-anak..of course persiapan raya pun lebih awal dari sebelumnya..Kueh raya dah tempah hampir 10 balang,raya ni kami sekeluarga golek kambing..nyummm..nyumm..Pagi raya kalau ikut perancangannya main menu mee kari..side dish tu bakal ditop-up oleh adik dan ipar duai..Alhamdulillah..alhamdulillah..syukur...

Tahun ni Hidayu plan nak bagi duit raya lebih kat mak ayah..jumlah belum diputuskan lagi..InShaaAllah lebih daripada tahun sebelumnya..Semoga Allah makbulkan..Semuanya rezeki berniaga..Berniaga pun tak ada la penat mana pun..Bukan 24 jam nak pergi berniaga..2 jam je sehari..Lagipun Hidayu ni kerja full time..Ada masa terluang..boleh curi2 share pasal bisnes..Seronok tau bisnes ni..Apa taknya..duk cerita pasal kurus..cantik..cara nak sihat,sakit orang perempuan,period pain,sakit belakang,nak anak..haiiii..pendek kata semuanya pasal kita2 je..seronok tu...Takda nya nak gosip-gosip pasal benda lain..benda ni je...

Tang baju raya sendiri plak,Hidayu raya teruja sangat nak p butik idaman si CALAQISYA..selama ni duk usha2 dari jauh je..Tak berani nak dekat membayangkan badan yang tak seslim orang..huhuhu..Tahun ni..tak kira..nak pergi jugak..nak masuk..nak pilih..nak beli..Uiiii..confidentnya dia....hiiiii..Apa taknya,Hidayu dah pakai korset PREMIUM BEAUTIFUL hampir 4 bulan tau..dah rasa si belly ni mengempis..baju pun dan ala longar2 gitu..seronok tau...so..tak kira..CALAQISYA mu tunggu aku gi..!!!! kikiki..


Rasanya cukup lah untuk kali ni..membebel plak puasa-puasa ni ye dak?!..hiii..sampai jumpa lagi..Hidayu doakan kawan2 yang membaca blog Hidayu ni dimurahkan rezeki selalu..Kalau kawan2 ada impian ..jangan sekat dan tangguhkan impian tu..teruskan saja..kita usaha sedaya boleh..resultnya biarlah DIA yang menentukan..

Wasalam

PBexpert
Premium Beautiful Serdang
TopLeadersCircle

Berminat nak bergosip berkenaan PB..boleh contact Hidayu (019-9317531)

Monday, 5 June 2017

SUSHI KING RAMADHAN BUFFET!!!!!




Wowwwweee..besttttnyer...Hidayu sukaaaa sangat makan sushi...kalau hari-hari bersushi pun takpe..tapi..masalahnya boyfriend Hidayu ni,tak layan pun menda-menda camgini..Yang dia tahu ..pagi nasi..tengahari nasi...malam pun nasi..huhuhu..Kalau nak layan sushi ni memang kena cari geng opis lah...Nasib baik boyfriend tak pernah menghalang kegemaran ku yang satu nih! Alhamdulillah...
 
Pada kawan-kawan yang minat bersushi macam Hidayu..ni Hidayu share RAMADHAN BUFFET SUSHI KING..Pergi kawan-kawan,jangan tak pergi..berbaloi-baloi ni..Harga yang berpatutan dan boleh makan sampai kenyang..ermm..nyumm..nyummm..puasa-puasa ni terbayang plak cheese cake kat Sushi King tuh...auuuu..nikmatnya...haissss..hentikan lamunanmu Hidayu..makruh..makruh..hihihihi...
 
So..kawan-kawan..jangan lupa ye..daripada 27hb Mei nih..Jom serbu Sushi King....
 
Adios...(sambil pikir..nak masak apa la untuk boyfriend malam ni nih..hiiiii)

Tuesday, 16 May 2017

CARA MENGUKUR KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Nak pakai Premium Beautiful Korset kena amik UKURAN dulu..kena FITTING dulu..

Penting sangat ke amik ukuran ni..??! Nak pakai korset jer kot....

Mestilah penting..ukuran tersebutlah akan menentukan keselesaan si pemakai korset..Nak pakai minimum 8 jam setiap hari,mestilah kena cari yang SELESA ,MUDAH dan SIMPLE..

PREMIUM BEAUTIFUL korset ni sebenarnya sangat berbeza dengan korset-korset di luar sana. Istimewanya PREMIUM BEAUTIFUL ini kerana ianya bersifat 'custom made' dimana satu set PREMIUM BEAUTIFUL direkakhas untuk saiz tertentu..Almaklum lah saiz badan wanita di Malaysia ni rata-ratanya tergolong dalam empat jenis saiz..Agak susah jugak jika tidak diambil ukuran dan fitting..kerana melalui ukuran inilah bentuk badan yang diimpikan oleh si pemakai mudah untuk diperolehi.

Jenis-jenis bentuk badan wanita Malaysia


Ukuran PREMIUM BEAUTIFUL korset diambil pada 4 tempat di bahagian badan,iaitu:


  • Puncak breast
  • Bawah breast
  • Pinggang (waist)
  • Puncak punggung

Semua ukuran diambil dalam sentimeter (CM)


Ukuran yang diambil akan menentukan saiz setiap helai (Long Bra, Waist Nipper dan Long Girdle) PREMIUM BEAUTIFUL. Setelah ukuran diambil, barulah client akan ber'fitting' PREMIUM BEAUTIFUL korset bersama PBexpert..Keselesaan client pastinya menjadi keutamaan kami PBexpert..disebabkan itulah walaupun menjalani proses ukuran, fitting korset tetap akan dilakukan..

Sesetengah client,suka memilih korset mengikut ukuran yang telah diambil..Tetapi ada juga sebahagian client..mahukan saiz yang lebih besar sedikit daripada ukuran beliau..Melalui fitting inilah kami dapat mengesan dan mengesahkan keselesaan client memakai PREMIUM BEAUTIFUL korset.

Nak pakai PREMIUM BEAUTIFUL mesti cari PBexpert..  UKUR dan FITTING sudah tentunya FREE 😉

Sampai di sini dulu lah coret2 saya untuk kali..

Jumpa lagi di lain waktu...