Thursday, 8 June 2017

MINKAFFE UNTUK SAHUR

Assalamualaikum..
 
Hari ni Hidayu nak cerita pasal MinKaffe Coffee..Rasanya ramai  yang dah tahu pasal MinKaffe ni cuma antara pernah mencuba ataupun tidak..Sejujurnya Hidayu bukanlah pengemar minuman berkafien sebab setiap kali ambil mesti kepala ting tong , dada rasa berdebar dan susah nak tidur..Sebolehnya Hidayu mengelakkan minum apa sahaja jenis kopi..
 
First minum MinKaffe ,bulan 3 hari tu bila Hidayu join bisnes Top Leaders Circle..Mentor tolong ambilkan set Premium Beautiful di stokis dan dalam masa yang sama top upkan stok MinKaffe sekali..Mula-mula tak berani jugak nak mencuba..tapi alang-alang dah ada di depan mata,cuba je lah..Wahhhh...sekali cuba..rupanya berkali-kali saya 'mencuba'..hahaha..tak panggil mencuba dah tu kalau dah berkali-kali..ye dak?!..Nak cakap sedap la tu...Bau harum kopi ditambah rasa lemak-lemak garam buluh memang ada 'ummphh' lah..yang bestnya tak ada kepala ting tong dan dada berdebar-debar tu..badan rasa cergas dan bertenaga walaupun penat bekerja di opis dan di rumah..
 
 
 
 

 
Bulan puasa ni..boleh dikatakan setiap pagi Hidayu bersahur dengan MinKaffe..Memang bagus sangat untuk Hidayu yang bekerja full dan part time ni..Tambahan  pula Hidayu masih menyusu si kecil.MinKaffe sangat membantu Hidayu sebagai milk booster..Minkaffe ni banyak tau kelebihan dia..Kat bawah Hidayu kongsikan siapa yang perlu ambil MinKaffe ni..
 
 


Kawan-kawan kalau nak mencuba boleh contact Hidayu..Mana tahu nak belikan untuk mak ayah ke..sedara mara ke..kakak angkat ke..datuk ke..nenek ke..jangan segan-segan wasap jer terus..Ada free gift lagi..Nak tester pun ada Hidayu sediakan..Nombor telefon Hidayu ada kat bawah ni..

Sampai di sini dulu..Jumpa lagi di lain entry..
Wassalam


Hidayu
019-9317531
PBexpertMalaysia
www.hidayuasari.blogspot.com
 

Wednesday, 7 June 2017

Ramadhan ke 13

Assalamualaikum dan Selamat Pagi..


Cepat betul masa berlalu..Lagi 17 hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita..InShaaAllah Syawal pula datang menjengah..Sedih mengenangkan bulan yang penuh baraqoh ini akan pergi meninggalkan kita..entah sempat berjumpa lagi di tahun hadapan,entahkan tidak..Begitulah lumrah kehidupan..yang pergi tetap akan pergi..dan yang pergi pastinya akan diganti dengan yang baru..bab kata pepatah,yang patah pasti akan tumbuh kembali..

Ermmm..takmo cerita yang sedih-sedih pepagi ni..mood mesti ceria...almaklum la dah nak hampir ke raya ni..mesti la happy kan..Hidayu sekarang duk pulun siapkan persiapan raya awal-awal..Tak nak dah macam tahun lepas..sampai hari nak balik kampung sempat lagi pergi cari baju raya anak..hihihi..penat betol terkejar-kejar macam tu..Jadi tahun ni..nak smooth and steady..Bukan apa, yang jadi duk tunggu ujung-ujung tu..Tunggu bonus cik suami lah baru boleh pergi beli baju raya anak-anak..Sedih kan...Nak beli awal-awal kang tak cukup plak nak belanja seharian kami laki bini anak beranak..Jadi tunggula sampai ke hujungnya..Dah dapat bonus laki,merempit la shopping baju raya..hahaha..sadis betul kan?!!

Hiiiii..itu kisah tahun lepas-lepas la..Tapi sekarang tidak lagi..Sejak Hidayu join bisnes PREMIUM BEAUTIFUL ni,alhamdulillah..ada rezeki lebih nak belanja anak-anak..of course persiapan raya pun lebih awal dari sebelumnya..Kueh raya dah tempah hampir 10 balang,raya ni kami sekeluarga golek kambing..nyummm..nyumm..Pagi raya kalau ikut perancangannya main menu mee kari..side dish tu bakal ditop-up oleh adik dan ipar duai..Alhamdulillah..alhamdulillah..syukur...

Tahun ni Hidayu plan nak bagi duit raya lebih kat mak ayah..jumlah belum diputuskan lagi..InShaaAllah lebih daripada tahun sebelumnya..Semoga Allah makbulkan..Semuanya rezeki berniaga..Berniaga pun tak ada la penat mana pun..Bukan 24 jam nak pergi berniaga..2 jam je sehari..Lagipun Hidayu ni kerja full time..Ada masa terluang..boleh curi2 share pasal bisnes..Seronok tau bisnes ni..Apa taknya..duk cerita pasal kurus..cantik..cara nak sihat,sakit orang perempuan,period pain,sakit belakang,nak anak..haiiii..pendek kata semuanya pasal kita2 je..seronok tu...Takda nya nak gosip-gosip pasal benda lain..benda ni je...

Tang baju raya sendiri plak,Hidayu raya teruja sangat nak p butik idaman si CALAQISYA..selama ni duk usha2 dari jauh je..Tak berani nak dekat membayangkan badan yang tak seslim orang..huhuhu..Tahun ni..tak kira..nak pergi jugak..nak masuk..nak pilih..nak beli..Uiiii..confidentnya dia....hiiiii..Apa taknya,Hidayu dah pakai korset PREMIUM BEAUTIFUL hampir 4 bulan tau..dah rasa si belly ni mengempis..baju pun dan ala longar2 gitu..seronok tau...so..tak kira..CALAQISYA mu tunggu aku gi..!!!! kikiki..


Rasanya cukup lah untuk kali ni..membebel plak puasa-puasa ni ye dak?!..hiii..sampai jumpa lagi..Hidayu doakan kawan2 yang membaca blog Hidayu ni dimurahkan rezeki selalu..Kalau kawan2 ada impian ..jangan sekat dan tangguhkan impian tu..teruskan saja..kita usaha sedaya boleh..resultnya biarlah DIA yang menentukan..

Wasalam

PBexpert
Premium Beautiful Serdang
TopLeadersCircle

Berminat nak bergosip berkenaan PB..boleh contact Hidayu (019-9317531)

Monday, 5 June 2017

SUSHI KING RAMADHAN BUFFET!!!!!




Wowwwweee..besttttnyer...Hidayu sukaaaa sangat makan sushi...kalau hari-hari bersushi pun takpe..tapi..masalahnya boyfriend Hidayu ni,tak layan pun menda-menda camgini..Yang dia tahu ..pagi nasi..tengahari nasi...malam pun nasi..huhuhu..Kalau nak layan sushi ni memang kena cari geng opis lah...Nasib baik boyfriend tak pernah menghalang kegemaran ku yang satu nih! Alhamdulillah...
 
Pada kawan-kawan yang minat bersushi macam Hidayu..ni Hidayu share RAMADHAN BUFFET SUSHI KING..Pergi kawan-kawan,jangan tak pergi..berbaloi-baloi ni..Harga yang berpatutan dan boleh makan sampai kenyang..ermm..nyumm..nyummm..puasa-puasa ni terbayang plak cheese cake kat Sushi King tuh...auuuu..nikmatnya...haissss..hentikan lamunanmu Hidayu..makruh..makruh..hihihihi...
 
So..kawan-kawan..jangan lupa ye..daripada 27hb Mei nih..Jom serbu Sushi King....
 
Adios...(sambil pikir..nak masak apa la untuk boyfriend malam ni nih..hiiiii)