Tuesday, 25 April 2017

PREMIUM BEAUTIFUL TESTIMONI

Assalamualaikum..

Salam Selasa...


Semalam kan cuti..masih lagi blur..blurrr..ingatkan hari ni Isnin...haiiii...Sakan sangat cuti...Hidayu tak ke mana pun..melayan karenah anak-anak..sambil-sambil reply wasap dan pm clients yang bertanya pasal Premium Beautiful... 

Ermmm ..rupanya ramai orang terutamanya wanita la yang sangat-sangat berminat nak tahu pasal korset ni..Mula-mula sekadar bertanya..dah tahu kebaikannya pasti terpikat nak beli...Tak salah..malah untuk kebaikan kita-kita wanita jugak..Hanya wanita yang memahami masalah wanita..cheewahhh...

Korset ni memang direka khusus  untuk menjaga aset wanita.. 70%  kesihatan...30% kecantikan....CONFIRM...sapa tak nak dik nooo oiii...Aset tu satu jer..itu lah segala-galanya....Bra dan seluar kecik boleh ditukar ganti..Aset yang satu tu tidak mungkin sekali-kali dapat diganti..TIDAK MUNGKIN dan TIDAK PERNAH sama sekali..Jadi apa salahnya kita meng'upgrade'kan bra dan seluar kecik kita tu kepada yang lebih baik malah lebih berfaedah demi aset nan satu tu..

Pilihan yang tepat sudah pastinya PREMIUM BEAUTIFUL (PB) korset lah.. Dijamin tak menyesal beli..Dah macam ayat    iklan tb dah..hihihi.... Actually selagi tak pakai sendiri memang kita tak boleh menilainya..Macam tu la pengalaman Hidayu sendiri..First PB Hidayu masa berpantang anak pertama..Masa tu kakak tersayang tolong belikan..Tapi sayang seribu kali sayang...PB tu berapa kali je Hidayu pakai..Rasa tak selesa.ketat..nak ke tandas susah..nak bernafas susah..Yang Long Bra plak ,bila pakai asyik cucuk-cucuk kat ketiak..Sungguh rasa tak selesa dan menyampah..Last last Hidayu campak dalam gobok sampai la anak ketiga.. huhuhu...(Ni la padahnya tak amik ukuran yang betul dan fitting..)

Nak dijadikan cerita awal bulan 3 hari tu Hidayu nak beli sabun magik EZICLEAN..Apa lagi gunakan la khidmat pak cik google..Keluar la blogger OLIN SAFURA..Hidayu pun contact la ..bagitahu lah nak beli sabun EZICLEAN...Dari sabun EZICLEAN dah melarat ke PREMIUM BEAUTIFUL..(rupanya si Olin ni PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT punya orang) Banyak info pasal PB yang Hidayu dapat dari beliau..Rupanya nak pakai PB ni tak boleh beli dengan sebarang orang.. Kena beli dengan PBExpert..

 KENAPA KENA BELI DENGAN PBEXPERT??!

Sebab PBExpert ni... memang orang yang pakar dalam PREMIUM BEAUTIFUL korset..Mereka memang dilatih , diajar, di'couching' untuk menjual korset ni..Dari mula membeli sehingga memakai PB ni..PBExpert akan guide kita..Setiap persoalan dan kemusykilan berkenaan PB korset adalah menjadi tanggungjawab PBExpert untuk menghuraikannya kepada pembeli..

Haaa...itulah yang berlaku kepada Hidayu...dah dapat penerangan yang sejelas-jelasnya pasal korset ni dari Olin si PBExpert..baru lah Hidayu terbukak hati sekali lagi nak berPB ni..Diam tak diam dah hampir 2 bulan dah..nak dibandingkan dengan dulu..rasanya tak sampai seminggu pakai dah masuk gobok..

Nak berPREMIUM BEAUTIFUL ada caranya...MESTI cari PBExpert untuk amik UKURAN dan FITTING.. Dah FITTING..diajar lagi cara untuk membasuh korset..Malah akan sentiasa di'follow up' oleh PBExpert untuk memastikan kita konsisten memakai korset ni at least 8 jam sehari..

Haa..jangan main-main nak pakai korset ni..Yang pasti CONFIRM tak menyesal..malah BERBALOI-BALOI MEMBELI...bab kata pepatah ..alah membeli..menang memakai..

Sampai di sini dulu entry kali ni..

Wasalam..

Tuesday, 18 April 2017

TIPS PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL (PB)



Pakai Full Set PB minimum 8 jam
-Wajib untuk cepatkan proses penurunan berat badan dan body shaping yang kekal.



Minum air dalam kuantiti yang betul
-Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari..ermmm..air masak sahaja..air manis tidak diambil kira.


Full Set PB tanpa bra dan panty
-PB lebih cepat bertindak apabila berlakunya sentuhan yang direct dengan kulit kite..So..takyah pakai bra dan panty..Pakai PB sahaja...Jimat tu...PB blh jadi penganti bra dan panty sepanjang hayat..


Aktiviti di tandas
-Jangan sesekali melipat PB untuk menjalankan aktiviti di tan ..Takut patah tetulang di sekeliling PB..Ada care yang betul akan diajar oleh PB Expert untuk lancarkan aktiviti di tandas .


Healing crisis
-Setiap orang akan mengalami healing crisis yang berbeza setelah memakai PB..jangan risau..untuk sementara waktu sahaja..Healing crisis adalah petanda yang baik bg mereka yang baru mencuba PB 


Selamat berPB yang baru mencuba..
Besttttt PB ni...Sekali cuba..setia selamanyer...

Monday, 17 April 2017

Premium Beautiful Penipu

Assalamualaikum...

Hari isnin yang penuh barakoh..Cuaca terang benderang...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNya..

Orang kata kalau hari senin ni mesti MONDAY BLUEsss...hahaha...Agaknya dah dua hari berhari minggu..bersuka ria dengan famili...tup..tup dah masuk Senin..So..nak tak nak kena lah kerja..dah itu tuntutannya..kerjakan ibadat..Bersyukur..masih ramai graduan yang tak dapat kerja kat luar sane..Alhamdulillah...

So..kita biarkan BLUEss tu berlalu pergi..Hidup hanya sekali...ceria-ceriakan hidup anda...hahaha...yo..yo...oo..

Ada orang cakap PREMIUM BEAUTIFUL penipu...betul ke?!..Hrmmmm...tapi kalau penipu kenapa makin ramai orang yang beli dan pakai PREMIUM BEAUTIFUL ni..Dah survive 20 tahun lebih rasanya bisnes ni...ermmmm...pelik jugak kalau dilabelkan sebagai penipu...

Beli mahal-mahal tapi tak berkesan.. badan besar mencanak-canak...gelebeh sana ..gelebeh sini...londeh sana..londeh sini..tambah-tambah yang dah beranak pinak ni...dari umur 30 tahun dah macam 40 tahun..sedihhh...Memang sedihhh...Kata boleh hilangkan sakit belakang..boleh hilangkan senggugut..hampehhh...memang dasar penipu...

Ada ke yang pakai PREMIUM BEAUTIFUL jadi macam ni..?! Adaaaaa...Ramaiiii rasanye....

Ermmmm...bila dirisik-risik...dipinang-pinang..rupanya betullah PREMIUM BEAUTIFUL ni PENIPU BESAR...Mana tak PENIPUNYA..kalau pakai PREMIUM BEAUTIFUL sekejap sekejap...rasa ketat bukak..rasa tak selesa bukak...dalam seminggu ada la satu kali je pakai ..tu pun tak sampai sejam...Selebihnya bagi gobok pakai...Memang sah la jadinya...Badan membesar dengan jayanye..shaping ke lautttt...Menciknyer....

Cik Kak..Cik adik manis kat luar sana...nak pakai PREMIUM BEAUTIFUL ni ada tipnya..

  • Pakai mestilah konsisten setiap hari tanpa 'miss'...
  • Pakai sekurang-kurangnya 8 jam sehari..(kalau boleh pakai lebih lama lagi bagus..)
  • Pakai dengan cara yang betul-lemak mesti disorok@diletakkan di dalam 'rumahnya'..baru la tak ada yang gelebeh-gelebeh tu...
  • Yang penting sekali..nak pakai PREMIUM BEAUTIFUL mesti cari PB Expert..jangan sebarangan beli..
  • Mesti amik UKURAN dan FITTING dengan PB Expert..
Okay...dah ikut semua tip-tip ni...baru la cik kak..cik adik...boleh komplen betul ke PREMIUM BEAUTIFUL ni PENIPU BESAR @ tidak..

Setakat ni sahaja untuk kali ini..

Wasalam..

Tuesday, 11 April 2017

Salam Perkenalan

Assalamualaikum...

Hi..saya hidayu asari...Terima kasih sudi menjengah di blog Hidayu yang tak seberapa ni..Orang baru belajar nak berblog macam ni la.. hiiii.. Orang kata berblog ni bagus...Boleh tulis apa saja...boleh luah apa saja...almaklum la sendiri punya.. Jangan ko bergosip mengata pasal orang sudah la nyah...

Hidayu ibu kepada seorang putera dan dua orang puteri.. Kesayangan yang tidak mungkin ditukar ganti bagi setiap ibu ibu seantero..tak kira lah anak sulung ke..? anak tengah ke...? anak bongsu ke..? Semuanya sama..Sayang yang tidak berbelah bagi.. Macam mana mak sayang kat Hidayu.. macam tu la Hidayu sayang anak2..(Tiba-tiba terasa rindu kat mak...).

Hidayu bekerja sepenuh dan separuh mase...part time la tu..hiiii... Part time ape?!.. Ada la...krik..krikk..krikkkk... Premium Beautiful korset la..hahaha...

Okay lah setakat ni dulu first entry Hidayu..Rasa macam banyak lagi nak tulis ni..idea membuak-buak..chewahhh..berlagak betoiii...hahaha... Masa mencemburui kita... Jumpa lagi di lain entry..

Wasalam..